Jika engkau memperoleh seorang teman duduk yang mengingatkan engkau kepada Allah dengan melihat wajahnya dan perjalanan hidupnya, maka rapatilah dan jangan engkau berpisah daripadanya!! Rampaslah hatinya dan janganlah engkau memandang hina kepadanya!! Kerana itu adalah rampasan bagi orang yang berakal dan barang hilang bagi orang Mukmin.. Dan yakinlah, bahawa teman duduk yang sholeh itu, lebih baik daripada sendirian.. Dan sendirian itu, lebih baik daripada teman duduk yang jahat..
Andai masih ada rindu,Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku, Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya, Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Bentuklah keluarga menjadi keluarga yang bahagia.
Bahagia bukan hanya mendamba meterialistik semata-mata.
Tetapi bahagia akan hadir dalam redha Dia.
Kukuhkan iman dalam ketaqwaan,
biar derita menjadi ujian,
asal penghujungnya sebuah keindahan yang berkekalan…
Bila perbuatan sahabatmu melukakanmu, hapuskan luka itu dengan zikrullah. Jangan kita kembali mencari kesalahan mereka, kerana jika itu yang kita lakukan, tiada bezanya kita dengan mereka. Biar tali ukhuwah yang hampir terputus itu kita yang sambungkan. Biarlah mereka seakan-akan cuba meleraikannya dengan prasangka yang wujud dalam hati mereka. Anggaplah prasangka mereka sebagai satu peringatan buat kita. Kita tak ada hak untuk marah pada mereka. Orang yang bertaqwa ialah orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Bila hilang kedua sifat itu dari diri kita, ke mana hilangnya taqwa kita? Hidup ini biar positif. Memang, luka itu mula-mulanya pedih.. sehingga air mata pun boleh mengalir. Tapi biarkan masa yang menyembuhkannya. Parutnya boleh hilang jika kita pinta penawarnya daripada Allah :)